2017年10月9日星期一

Karangan PA ~Peranan kerajaan

              PERANAN KERAJAAN   by C.S. lim

 Kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui Pilihan Raya adalah harapan rakyat. Maka, kerajaan harus memainkan peranannya yang begitu penting supaya melaksanakan harapan rakyat.

               Peranan utama kerajaan ialah menentukan tadbir urus Negara. Kerajaan harus mengadakan tindakan yang mematuhi prinsip utama tadbir urus. Ini boleh memberi faedah-faedah kepada rakyat. Salah satu faedah ialah rakyat dapat menjimatkan masa. Contohnya , kerajaan telah membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdapat banyak agensi kerajaan. Maka, peruntukan tadbir urus Negara adalah satu peranan kerajaan.

               Seterusnya, peranan kerajaan adalah menyediakan kemudahan ekonomi. Kerajaan perlu menyediakan infrastruktur, peraturan dan aturan yang penting untuk keperluan pembangunan ekonomi Negara . Sebagai contoh, kerajaan bekerjasama dengan Negara Cina untuk membina MRT di Malaysia. Dalam projek ini, kerajaan memastikan pihak Cina perlu mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerja. Ini telah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan masalah pengganguran turut berkurang. Oleh itu , kerajaan haruslah mengambil berat terhadap kemudahan ekonomi.

               Tambahan pula, kerajaan perlu menyediakan pelbagai perkhidmatan. Hal ini disebabkan rakyat berhak untuk mendapat perkhidmatan yang baik dan cekap . Perkhidmatan yang disediakan  bertujuan untuk membajikan rakyat . Sebagai contoh, kerajaan menyediakan “Klinik 1 Malaysia” untuk rakyat Malaysia. Bayaran hanya RM1 untuk rakyat Malaysia. Tindakan ini telah meringankan beban rakyat Malaysia. Ini telah menunjuk kerajaan memainkan peranannya dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan.

               Selain itu , kerajaan harus memastikan keamanan dan ketenteraman Negara. Kerajaan berperanan memastikan situasi Negara terkawal dan stabil sama ada dari segi social, politik dan ekonomi. Ini membolehkan rakyat melakukan aktiviti keagamaan dan mengamalkan budaya masing-masing. Perpaduan antara kaum juga dapat dikekalkan dalam keadaan yang aman dan stabil. Maka, keamanan dan ketenteraman Negara harus dipastikan oleh kerajaan.


               Kerajaan juga perlu melindungi alam sekitar. Negara kita adalah Negara yang penuh dengan pelbagai sumber. Namun, sikap rakyat Malaysia yang tamak sentiasa mencemarkan alam sekitar . Kebanyakkan hutan di Malaysia telah menjadi “botak”. Jadi, kerajaan perlu memainkan peranan dengan memastikan alam sekitar dijaga dengan baik. Contohnya, kerajaan boleh menggubal undang-undang dengan memberi hukuman yang lebih berat kepada pembalak tanpa lessen. Maka, alam sekitar harus dijaga oleh kerajaan.  

没有评论:

发表评论