2017年10月9日星期一

Impak kelemahan tadbir urus dan sebab beri keutamaan prinsip tadbir urus

Kelemahan dalam tadbir urus menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap kemampuan Negara untuk mencapai status Negara maju. Tadbir urus Negara yang baik akan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Justeru tadbir urus yang baik perlu dititikberatkan oleh semua pihak.
               Impak terhadap Negara akibat kelemahan dalam tadbir urus ialah pertambahan tempoh menyiapkan kerja. Hal ini disebabkan kelemahan tadbir urus menyebab kerja atau projek yang dijalankan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Ini turut menyebab kehilangan kesabaran dan  kepercayaan masyarakat. Maka , kerajaan akan cuba mengatasi masalah tersebut dengan memberi tekanan kepada organisasi dan pekerja. Malang , kemungkinan organisasi akan mengurangkan proses yang dijalankan supaya menyiapkan kerja atau projek dalam tempoh masa tertentu. Oleh itu , masalah keruntuhan bangunan berlaku.
               Impak Seterus ialah imej penjawat awam dan negara terjejas. Gambaran yang negative terhadap penjawat boleh menjejaskan imej penjawat dan maruah Negara.Etika penjawat awam juga merosot. Ini turut menyebab kehilangan kepercayaan masyarakat dan Negara asing terhadap penjawat awam.Maka, pelaburan Negara asing tidak melabur di Negara tersebut . Ekonomi Negara juga menjatuh. Indeks Prestasi Rasuah (IPR) merupakan bukti kemerosatan intergriti dan etika penjawat awam
               Peningkatan aduan awam juga impak kelemahan dalam tadbir urus. Kelemahan tadbir urus akan membangkitkan ketidakpuasan hati orang ramai. Kepakaran yang terdapat di Negara juga imigresen ke luar Negara. Selain itu, Negara juga mengalami kemerosotan sambutan rakyat terhadap perkhidmatan awam. Oleh itu, kejaaan perlu memberi tumpuan kepada aduan dahulu kerana aduan awam  boleh menjejaskan tugas utama kerajaan.
               Amalan prinsip tadbir urus yang baik perlu diberi keutamaan adalah untuk meningkatkan prestasi kerja penjawat awam. Prestasi kerja yang cemerlang dapat meningkatkan produktiviti awam. Amalan prinsip tadbir urus dapat memastikan penjawat awam mempunyai etika kerja yang unggul serta mengamalkan nilai-nilai murni. Maka, imej penjawat awam akan meningkat.


               Tujuan memberi keutamaan amalan prinsip tadbir urus adalah untuk memperkasa daya saing sector awam. Hal ini disebab penjawat awam dapat memberi perkhidmatan yang efektif dan efisen kepada masyarakat. Ini juga dapat merapatkan jurang ketidaksamaan kearah kerajaan yang cekap, mantap dan berkebolehan. Penjawat awam juga boleh meningkatkan inovasi melalui pembangunan bakat dan kepakaran terhadap sumber manusia. Tindakan ini dapat mengalakkan  kepakaran menetap di negara . 

没有评论:

发表评论